Thursday, 21 November 2013

Semak Nombor Ahli KWSP

Arghhh!!! Terasa panas telinga apabila mendapat tahu yang account clerk dah hilangkan kertas nombor ahli KWSP pekerja (pekerja baru). Bila ditanya, dia buat muka cuka dia tu. Terpaksa saya call HQ KWSP untuk tanya walaupun bukan tugas saya. Nak harapkan account clerk tu, tak tau bila dia nak call. Esok? Lusa? Minggu depan? Tuhan je yang tau.

Ok. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman pertama saya nak dapatkan nombor ahli KWSP. Saya google-google nombor telefon KWSP Sabah, tapi hasil pencarian saya kat laman rasmi KWSP hanya menunjukkan nombok faks saja. Bukan saya taknak call ibu pejabat, tapi saya sebenarnya tak berapa lancar nak cakap bahasa semenanjung... hehe... So nak tak nak, terpaksa juga buat panggilan kat HQ. Ni nombor  telefon dia... 03-8922 6000... Maka terkeluar lah pertuturan semenanjung saya... saye, lime, due, tige...hahaha

Memandangkan saya nak tau nombor ahli KWSP staff, so saya diminta untuk memberikan no rujukan majikan. Lepas tu mereka nak sahkan lokasi premis. Nak full tau. So pastikan anda tau alamat lokasi premis perniagaan yang didaftarkan kepada KWSP. Lepas tu, mereka suruh sebutkan nombor kad pengenalan staff yang anda mahu. Dah selesai, mereka akan berikan nombor rujukan itu, dan anda simpan la betul-betul.

Sekiranya anda sendiri nak tau no ahli anda, anda tak perlukan no rujukan majikan, anda hanya perlu sebut nombor kad pengenalan anda. Senang je.

1 comment: