Tuesday, 19 November 2013

KENDERAAN USIA 12 TAHUN AKAN DIHAPUSKAN???



OK. Baru-baru ni kecoh satu Malaysia apabila Professor Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), telah mencadangkan untuk menghapuskan kereta yang melebihi 12 tahun. Ramai orang tak berpuas hati even saya sendiri tak berpuas hati dengan cadangan beliau. Media sosial terutama facebook menjadi hangat dengan topik ini dimana orang ramai terkilan dengan cadangan beliau yang akan menyusahkan rakyat. Asyik ada beban hutang tak habis-habis. Takpe lah kalau harga kereta murah.


Perkara ini adalah sangat tidak wajar untuk dilaksanakan sebab punca sebenar kemalangan bukan kerana usia kenderaan itu tetapi kerana sikap pemandu itu sendiri. Pernah terjadi kemalangan kereta baru yang baru kena release dari kedai. Dia dilanggar apabila nak keluar simpang. Bayangkan tak sampai 24jam dia dapat kereta baru dia, tapi dah kena langgar. Nak salahkan siapa?


Seterusnya, road condition juga adalah salah satu faktor punca kemalangan. Highway kat Sabah ni terutamanya di bypass Tuaran adalah sangat tak memuaskan. Sepanjang jalan keadaan jalan raya yang tak rata, berlubang sini sana. Tak sampai setahun kereta saya pakai, dah terasa shock absorber myvi dah keras. Nama saja bandaraya, tapi jalan raya macam hampeh. Entah mana perginya peruntukan berbillion2 untuk infrastuktur jalanraya Sabah. Masuk poket la jawabnya kan.


Walaupun usia kereta sah 12 atau 20 tahun tak akan menjadi masalah sekiranya kereta itu well maintain oleh owner. Sikap pemandu itu harus sabar atas jalan raya. Jangan biarkan emosi marah membelenggu fikiran kerana ini yang akan terjadinya kemalangan. Dan paling penting jangan pandai-pandai nak drive kalau berada dibawah pengaruh alkohol. Kalau accident sendiri saja takpa, tapi kalau dah melibatkan nyawa orang lain, itu memang nak kena pelempang saya. Menyusahkan orang saja.

agak-agak berapa usia kereta ni erkk



No comments:

Post a Comment