Monday, 25 November 2013
Sunday, 24 November 2013
deactivatekan akaun facebook orang yang dah meninggal
Baru-baru ni saya ada terbaca seorang ibu meminta orang ramai untuk mencari orang yang pandai hack account facebook untuk deactivatekan account anaknya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Sebenarnya mak cik tu tak perlu cari hacker untuk buat kerja tu. Facebook ada memperkenalkan satu ruangan(klik sini) untuk memberitahu pihak facebook bahawa orang tu dah meninggal.
Hanya keluarga terdekat si mati sahaja yang boleh arahkan pihak facebook untuk deactivatekan akaun si mati. Anda hanya perlu isi butir-butir yang diminta oleh pihak facebook.
-nama penuh anda
-email anda
-nama yang digunakan oleh si mati
-alamat email si mati
-URL facebook si mati
-sertakan bukti seperti sijil mati dari hospital(gambar dan upload)

Thursday, 21 November 2013
Semak Nombor Ahli KWSP
Arghhh!!! Terasa panas telinga apabila mendapat tahu yang account clerk dah hilangkan kertas nombor ahli KWSP pekerja (pekerja baru). Bila ditanya, dia buat muka cuka dia tu. Terpaksa saya call HQ KWSP untuk tanya walaupun bukan tugas saya. Nak harapkan account clerk tu, tak tau bila dia nak call. Esok? Lusa? Minggu depan? Tuhan je yang tau.
Ok. Hari ni saya nak kongsikan pengalaman pertama saya nak dapatkan nombor ahli KWSP. Saya google-google nombor telefon KWSP Sabah, tapi hasil pencarian saya kat laman rasmi KWSP hanya menunjukkan nombok faks saja. Bukan saya taknak call ibu pejabat, tapi saya sebenarnya tak berapa lancar nak cakap bahasa semenanjung... hehe... So nak tak nak, terpaksa juga buat panggilan kat HQ. Ni nombor telefon dia... 03-8922 6000... Maka terkeluar lah pertuturan semenanjung saya... saye, lime, due, tige...hahaha
Memandangkan saya nak tau nombor ahli KWSP staff, so saya diminta untuk memberikan no rujukan majikan. Lepas tu mereka nak sahkan lokasi premis. Nak full tau. So pastikan anda tau alamat lokasi premis perniagaan yang didaftarkan kepada KWSP. Lepas tu, mereka suruh sebutkan nombor kad pengenalan staff yang anda mahu. Dah selesai, mereka akan berikan nombor rujukan itu, dan anda simpan la betul-betul.
Sekiranya anda sendiri nak tau no ahli anda, anda tak perlukan no rujukan majikan, anda hanya perlu sebut nombor kad pengenalan anda. Senang je.
Wednesday, 20 November 2013
Lunch Break layan drama tagalog
Detik 12.30 tengah hari adalah masa yang amat ditunggu-tunggu....LUNCH BREAK!!!!
Staff yang rajin nak drive masa jam tu akan keluar untuk pergi makan kat kedai. Saya..... makan kat office saja... tapau dari rumah. Kedai makan paling dekat pun mau 5KM juga jarak dari office. Bukan nak kedekut untuk makan kat kedai. Tapi kan bagus duit tu saya simpan, menabung untuk masa depan (nak kahwin le tu). Yang paling penting, takkan masuk lambat ke office. Nak dapat gelaran pekerja cemerlang. koh koh koh...
Lepas saja makan , lebih kurang 15 minit (laju kan), so layan la drama Be Careful With My Heart kat TONTON. Best cerita ni tau. Banyak adegan yang mencuit hati. Lawak. Semalam ada search detail pasal drama ni, ada 3++ episode.. Banyak tu...Nak tengok kat youtube tapi takda subtitle eng/bm. Tak brapa nak faham bahasa dorang walaupun mama saya ni orang Philipine (Zamboanga). Dari kecik dah cakap melayu.
Apapun wayang ni memang best. Terima kasih kepada bos sebab tak sekat internet kat office ni. Lepas ni layan candy crush... harap-harap nyawa dah full
Tuesday, 19 November 2013
AKU SEBAGAI AKAUNTAN
February, May/June, August, December
Itu lah bulan paling sibuk bagi saya. Dulu masa blaja kat U ingatkan tugas seorang akauntan cuma sediakan penyata kewangan. Ternyata andaianku itu salah. Banyak benda nak kena buat. Rambut semakin hari semakin kurang.
Febuary- Isi Borang E. Perlu kira gaji & bonus yang dibayar kepada staff-staff. Lepas tu tak dilupakan KWSP dan SOCSO.
p/s- sbelum ni dorang tak pernah hantar walaupun dapat surat amaran dari LHDNM.
May/June- Kena Hantar Borang B. Penyata Kewangan kena buat. Nak declare brapa dapat income dalam setahun. Borang P pun kena buat juga sebab saya kerja ni jenis partnership. So kena buat untuk dua orang.
August - Memandangkan saya kerja kat firma guaman, saya kena jaga dua jenis account, clients account dan office account. Client account tu saya kena selalu key in kat UBS system sebab kalau tak nanti tak sempat nak audit. Nanti tak pasal-pasal, lawyer practising certificate dorang lewat apply, jadi loyar buruk la nanti (harap-harap bos tak baca blog saya)
December- Bulan paling seronok bagi staff sini. Kalau banyak income, banyak juga lah bonus dapat. Nak kurangkan tax la tuuuuu... Tapi yang sengsara tu bahagian account lerrr...
Tugas seorang akauntan ni susah juga. Bukan nak buat payroll saja. Tapi sampai hari ni staff-staff asyik minta gaji awal dari saya walaupun bos dah tetapkan tarikh gaji setiap bulan. Saya cuma ikut arahan bos je. Kalau mau gaji awal, buat la firm sendiri.
Nak letak gambar apa ahhh... hmmm.....
Partnerku seorang gamer
"Playstation 4 akan berada di pasaran Malaysia pada 20 December 2013."
Itulah yang ditunggu-tunggu peminat Ps4 yang salah sorang daripada peminat itu adalah tunangku sendiri. Dia nak beli, boleh... asal jangan kacau duit kawin.
Susah juga ekk kalau ada partner yang suka main game. Kekadang naik hangin juga. Adaka dia boleh terlupa yang saya ada kat sbelah dia. Dok asyik je main game, last-last saya merajuk and balik. Pastu si dia sibuk nak minta maaf. Bukan saya nak halang dia main game, tapi takkan la nak main sampai tak ingat dunia.
Saya sendiri pun suka juga main game. Tunangku mempengaruh saya untuk main game online yang kini sedang hangat di pasaran (world of tank)... alaa yang pakai tank untuk tembak-tembak tu. Saya suka guna SPG, snipe dari atas langit... heeeee
Gamer partner ni kadang-kadang ada bagusnya juga.. Orang lain hujung minggu lepak kat mall, minum teh tarik dari pagi ke malam kat kedai mamak dengan rakan, tengok wayang, jalan-jalan kat tepi pantai,. Bagi yang gamer tu pula menghabiskan hujung minggu kat rumah layan game. Save duit lah juga. time takde elektrik tu je baru dorang jalan-jalan.
Haaahh... 17 November 2013 lepas ada event kat cc Blitzone, Petaling Jaya. Team tunangku antara top 8 yang layak ke semi final. Dari penerbangan hinggalah penginapan adalah ditanggung oleh pihak organizer. Best kan. Tapi apakan daya first match dah kalah (1-3) dengan team pro yang juga wakil Malaysia pada tahun 2012. Menang kalah adat permainan. Orang lain kalau kalah jadi emo, tapi dorang kalah masih boleh tergelak. Memang terbaik!
Walaupun tunangku itu kaki game, tapi kalau dah hati cuma dia, apa boleh buat. Jangan pula bila dah ada anak, anak yang tengok berita, bapa main game. hihihi

KENDERAAN USIA 12 TAHUN AKAN DIHAPUSKAN???
OK. Baru-baru ni kecoh satu Malaysia apabila Professor Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), telah mencadangkan untuk menghapuskan kereta yang melebihi 12 tahun. Ramai orang tak berpuas hati even saya sendiri tak berpuas hati dengan cadangan beliau. Media sosial terutama facebook menjadi hangat dengan topik ini dimana orang ramai terkilan dengan cadangan beliau yang akan menyusahkan rakyat. Asyik ada beban hutang tak habis-habis. Takpe lah kalau harga kereta murah.
Perkara ini adalah sangat tidak wajar untuk dilaksanakan sebab punca sebenar kemalangan bukan kerana usia kenderaan itu tetapi kerana sikap pemandu itu sendiri. Pernah terjadi kemalangan kereta baru yang baru kena release dari kedai. Dia dilanggar apabila nak keluar simpang. Bayangkan tak sampai 24jam dia dapat kereta baru dia, tapi dah kena langgar. Nak salahkan siapa?
Seterusnya, road condition juga adalah salah satu faktor punca kemalangan. Highway kat Sabah ni terutamanya di bypass Tuaran adalah sangat tak memuaskan. Sepanjang jalan keadaan jalan raya yang tak rata, berlubang sini sana. Tak sampai setahun kereta saya pakai, dah terasa shock absorber myvi dah keras. Nama saja bandaraya, tapi jalan raya macam hampeh. Entah mana perginya peruntukan berbillion2 untuk infrastuktur jalanraya Sabah. Masuk poket la jawabnya kan.
Walaupun usia kereta sah 12 atau 20 tahun tak akan menjadi masalah sekiranya kereta itu well maintain oleh owner. Sikap pemandu itu harus sabar atas jalan raya. Jangan biarkan emosi marah membelenggu fikiran kerana ini yang akan terjadinya kemalangan. Dan paling penting jangan pandai-pandai nak drive kalau berada dibawah pengaruh alkohol. Kalau accident sendiri saja takpa, tapi kalau dah melibatkan nyawa orang lain, itu memang nak kena pelempang saya. Menyusahkan orang saja.
agak-agak berapa usia kereta ni erkk
Subscribe to:
Posts (Atom)