Setiap kali hujung tahun, mesti banyak wang digunakan. Antara yang terkesan sangat ialah golongan ibu bapa yang mana mereka perlu membayar lebih untuk persedian anak-anak pergi sekolah.
Bagi yang bujang macam saya, belum ada komitmen untuk anak, tetap juga akan poket bocor. Apa tidak, SALE sana sini. Bapa tersayang minta belikan handphone baru dan juga beg baru. Mummy... hmmm... dia tu fikir mau renovate rumah saja.
Sana juga sales, sana juga saya perlu bayar insurance & renew cukai jalan. Tahun ni potongan NCB saya 45%. Saya hanya perlu membayar RM517.52 berbanding tahun lepas RM7++ untuk insuran, cukai jalan dan runner fee. Kenapa perlu ada RUNNER pulak?? Haaa... itu sebab saya malas nak ke hulur hilir, mana nak cari masa, minyak, dan parking lagi. Terkena pulak bank yang cuma ada dua branch di bandar Kota Kinabalu, parking tu, huh!! tak payah lag cerita.
OK, berbalik kepada cerita poket koyak. Nasib baik kereta dah advance bayar 4 bulan. Jadi bulan ni saya nak bayar separuh saja bulanan ansuran kereta.
Dividen ASB untuk tahun 2016 cuma 6.75 seunit dan bonus hanya 0.50 seunit. Jumlah 7.25sen seunit. Berbanding tahun 2015, dividen 7.25 seunit dan bonus 0.50 seunit. Nasib juga lah dia tak jatuh ke paras 4 seunit. Sebab keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga minyak jatuh, dan mungkin juga disebabkan dekat nak pilihan raya. Harap-harap dividen untuk tahun 2017 akan naik sebab baru-baru ni dengar berita harga getah dah start naik dah.
No comments:
Post a Comment