Wednesday, 13 September 2017

WALI HAKIM BAGI MUALAF - KOTA KINABALU, SABAH

Memandangkan saya dah experience cara-cara nak apply wali hakim bagi yang mualaf ni, saya nak kongsikan dengan korang semua juga la macamana prosedure dia. Sebab kurang post pasal perkahwinan bagi pasangan mualaf ni. Harap-harap sedikit sebanyak dapatlah membantu bagi korang-korang yang kahwin tu yer. Kalau boleh 2 atau 3 bulan sebelum nikah tu korang kena buat ni benda supaya tak lah kelam kabut.

OK. First, ambil borang permohonan kahwin/nikah.


Isikan butir-butir yang diminta. Standard la perlu isi nama islam si pemohon (bagi yang mualaf), no. kad pengenalan, alamat, umur, gaji. Butir-butir pasangan juga jangan lupa isi juga ya.

muka surat kedua pula butir-butir bagi dua saksi yang mengesahkan isi kandungan yang diberikan pemohon adalah benar. (Menurut pegawai JHEINS UTC KK, saksi tersebut tidak semestinya akan hadir pada hari akad nikah nanti.)

Muka surat ketiga pula ialah pengesahan bujang oleh samada ketua kampung, JKKK, atau majikan. Lepastu kamu perlu pergi membuat saringan HIV bagi diisi oleh doktor dalam borang muka surat ketiga ni tau. Keputusan HIV boleh dapat sekurang-kurangnya 3-4 hari bekerja. Kalau nak cepat, direct ja terus pegi PATHLAB di Lintas (yang kedai di Kampung Air tu dorang dah tutup, pindah pergi Lintas dah).

Dah isi semua tu, baru lah korang pergi JHEINS UTC untuk minta borang kebenaran wali hakim. Kalau tak silap saya harga borang tu RM5 ke RM10. Isi butiran pada muka surat kedua sahaja. dah tu, korang pergi buat akuan sumpah di yang mengatakan yang korang takda keluarga terdekat ( bapa, abang/ adik, bapa saudara, atau datuk yang beragama Islam). Lepas tu korang kena buat akuan sumpah Korang boleh buat di Jaksa Pendamai yang di MUIS KK tu supaya dekat sikit urusan di UTC nanti. Bayaran yang dikenakan kepada saya ialah RM60. Korang sedia lah wang tunai.

Dah siap akuan sumpah tu, bawa borang akuan sumpah sekali dengan borang yang korang beli di JHEINS UTC balik ke pejabat JHEINS di UTC. Disana akan ada pegawai yang akan isi kandungan bagi muka surat depan tadi. Lepas dah selesai ditandatangan oleh pegawai di JHEINS UTC, korang kena fotostat 1 set borang-borang tadi bagi kepada makamah syariah pula. Makamah Syariah terletak di tingkat 1 bangunan MUIS tau. Pegawai makamah Syariah akan memberi satu lagi borang  untuk diisi pada muka surat kedua dan ketiga (butir-buir peribadi dan ayat akuan sumpah tadi).Dah tu, baru korang pergi ke dalam bilik pendaftaran. Pegawai sana akan memberi satu tarikh bagi korang hadir untuk urusan angkat sumpah depan hakim. Saya dulu diminta membawa ahli keluarga terdekat semasa angkat sumpah tu, sebab mereka kata, hakim nak interview. Tapi masa hari angkat sumpah tu, takda pula ahli keluarga saya kena panggil.huhuhu......  Saya kena bagi tarikh pada minggu hadapan untuk angkat sumpah.

OK. Dah selesai angkat sumpah depan hakim tu, Korang akan diberitahu samada lulus atau tidak oleh pegawai disana. Keputusan bertulis hanya akan dikeluarkan pada hari berikut atau dua hari kemudian. Lepas dah ambil surat lulus dari Makamah Syariah, korang akan pergi balik ke pejabat JHEINS di bangunan UTC bagi urusan pendaftaran. Pegawai JHEINS akan mengeluarkan satu resit dan korang perlu membayar RM5.00 (Sediakan wang kecil tau). Lepastu kamu akan tetapkan tarikh bila yang akan kamu nikah tu. 

Oh ya. Korang akan berkahwin di JHEINS Muis KK. Boleh juga kalau kamu mau nikah di tempat lain. Tapi kos penginapan dan pengangkutan tu korang kena bayar tau.Lagi satu, semasa urusan menghantar borang di UTC dan di Muis tu, saya saran kan korang park kereta korang di masjid. Free... Cuma korang kena berjalan kaki lah... Alaaa apa juga tu jalan, bukannya 1 kilometer juga jarak dia. peluh ketiak tu normal lah hehehehe....

Good Luck ya!!.. Dan kalau dah selamat nikah tu, saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU!!






Monday, 9 January 2017

Practicing Certificate

Kalau tahun-tahun sebelum ni, masa bulan January adalah bulan yang stress untuk menjawab persoalan bos-bos tentang practising certs yang kena issue oleh mahkamah. Tapi tahun ini pula, practising certs dah keluar minggu pertama January. Agak happy juga la boleh dapat awal. Kalau tak, confirm bos akan bising.Practising Certificate penting untuk mereka. Sebab kalau tiada benda tu, maka tak laku lah mereka, dan akan menjadi loyar buruk.

ok ni bulan dah nak start update panel-panel. Banyak juga yang nak kena update. Kalau tak, tak mendapat lah business.

oh yahhh.. lupa mau wish... HAPPY NEW YEAR semuaaaaa!!!!


Hujung Tahun pokai

Setiap kali hujung tahun, mesti banyak wang digunakan. Antara yang terkesan sangat ialah golongan ibu bapa yang mana mereka perlu membayar lebih untuk persedian anak-anak pergi sekolah.

Bagi yang bujang macam saya, belum ada komitmen untuk anak, tetap juga akan poket bocor. Apa tidak, SALE sana sini. Bapa tersayang minta belikan handphone baru dan juga beg baru. Mummy... hmmm... dia tu fikir mau renovate rumah saja.

Sana juga sales, sana juga saya perlu bayar insurance & renew cukai jalan. Tahun ni potongan NCB saya 45%. Saya hanya perlu membayar RM517.52 berbanding tahun lepas RM7++ untuk insuran, cukai jalan dan runner fee. Kenapa perlu ada RUNNER pulak?? Haaa... itu sebab saya malas nak ke hulur hilir, mana nak cari masa, minyak, dan parking lagi. Terkena pulak bank yang cuma ada dua branch  di bandar Kota Kinabalu, parking tu, huh!! tak payah lag cerita.

OK, berbalik kepada cerita poket koyak. Nasib baik kereta dah advance bayar 4 bulan. Jadi bulan ni saya nak bayar separuh saja bulanan ansuran kereta.

Dividen ASB untuk tahun 2016 cuma 6.75 seunit dan bonus hanya 0.50 seunit. Jumlah 7.25sen seunit. Berbanding tahun 2015, dividen 7.25 seunit dan bonus 0.50 seunit. Nasib juga lah dia tak jatuh ke paras 4 seunit. Sebab keadaan ekonomi yang tidak menentu, harga minyak jatuh, dan mungkin juga disebabkan dekat nak pilihan raya. Harap-harap dividen untuk tahun 2017 akan naik sebab baru-baru ni dengar berita harga getah dah start naik dah.


Thursday, 17 November 2016

NOMBOR PIN PTPTN

Sejak seminggu lepas saya perasan ramai kawan-kawan facebook post tentang diskaun 15% PTPTN dalam bajet 2017.

Saya pun terikut juga nak tengok berapa perlu dibayar setelah diskaun.

masuk kat pautan websit bajet 2017 memang mudah. Tapi saya ter'stuck' pula di bahagian mengisi nombor pinjaman PTPTN. Mana la saya tau apa nombor pinjaman. Saya pergilah google-google info cara nak dapatkan nombor PIN PTPTN. Namun hampah. Kebanyakkan blog hanya memberikan step untuk SMS, telefon, atau ke pejabat PTPTN yang berhampiran.

Saya dah try call nombor yang dipaparkan, namun operator cuma bagitau nombor sedang busy. SMS dah sejam tunggu tak reply-reply.

Keinginan mengetahui itu telah membawa saya ke satu link dimana saya berjaya mendapatkan Nombor PIN PTPTN.

jom saya tunjukkan.

Step 1: masuk ke website https://mypay.dapat.com/ptptn/#/home

            dan click pada Bayaran Balik Pembiayaan


Step 2: Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan kotak.



Step 3: Setelah itu, maka dapat lah nombor pin kita.


Mudahkan. Daripada nak telefon, tapi tak lepas-lepas. SMS pun tak kena reply. Bukan kah tu buang duit dan buang masa.

Semoga bermanfaat info yang saya beri ni ya. Selamat membayar.

Tuesday, 15 November 2016

BROWN

RIP to my beloved dog named Brown.
You will be missed



Wednesday, 2 November 2016

Dilema antara A, B, C, & D

A memberi amanah kepada B untuk sampaikan kertas kepada C.

Memandangkan B cuma pengantara antara A & C,

B tidak mengambil kisah isi kandungan dlm tu kertas.

Masalah timbul apabila D mencari kertas itu.

Siapakah yang D perlu cari?

Tuesday, 9 August 2016

July 2016

Bulan July... nothing much.. tapi ada juga lah masalah muncul last minit.

Sudah tahu gaji masuk setiap 28 haribulan, jadi seminggu sebelum 28hb saya dengan rendah hati akan sediakan  apa-apa yang necessary , seperti: claim OT, Potongan gaji (kalau ada staff loan yang baru- p.s. Firm ni sangat baik hati), dan potongan kalau ada siapa-siapa kena potong gaji sebab habis annual leave tapi masi mau bercuti (orang-orang tertentu- selalunya si receptionist, Dia selalu ambil emergency leave).

OK. sambung lagi cerita,  Benda ni (MAS) dah masuk 3 tahun kena pakai. Cara dia sama saja every month. Saya tidak akan cerita how my works are done sebab saya tahu saya akan buat kerja before dateline. Masalah yang timbul apabila si polan pertama (acc clerk) buat cheque 1 hari sebelum gaji, lepas tu si polan kedua (office boy) pergi bank in dekat machine.

Sebelum ni pandai pula si polan bank in cheque di kaunter, tiba-tiba pula otak dia beku pada bulan July.. dia pegi bank in d machine cdm (cheque deposit machine). Si polan pertama pula tak perasan yang si polan kedua buat macam tu.

Pada 28hb, hari yang sepatutnya gaji, si polan pertama dan kedua adalah orang terawal untuk bagitau saya yang gaji tak masuk lagi. Hebat bukan?? Masa tu saya tengah on the way pergi office.  Saya suruh si polan pertama untuk check nombor bank account yang kena bank in (firm banyak bank acc). Dia kata bank acc betul. Saya cakap tunggu saya sampai baru saya boleh detect what is going on.

Sampai office saya terus on pc and check M2E, Monies is debited. Kalau debited sepatutnya dah credited to account gaji. Saya terus pergi check bank in slip. Zappp!! Dari sana saya sudah tahu yang si polan bank in ke machine.. sebab slip kertas dia warna putih kecil. Adehhhhh..........


BERSAMBUNG........