Memandangkan saya dah experience cara-cara nak apply wali hakim bagi yang mualaf ni, saya nak kongsikan dengan korang semua juga la macamana prosedure dia. Sebab kurang post pasal perkahwinan bagi pasangan mualaf ni. Harap-harap sedikit sebanyak dapatlah membantu bagi korang-korang yang kahwin tu yer. Kalau boleh 2 atau 3 bulan sebelum nikah tu korang kena buat ni benda supaya tak lah kelam kabut.
OK. First, ambil borang permohonan kahwin/nikah.
Isikan butir-butir yang diminta. Standard la perlu isi nama islam si pemohon (bagi yang mualaf), no. kad pengenalan, alamat, umur, gaji. Butir-butir pasangan juga jangan lupa isi juga ya.
muka surat kedua pula butir-butir bagi dua saksi yang mengesahkan isi kandungan yang diberikan pemohon adalah benar. (Menurut pegawai JHEINS UTC KK, saksi tersebut tidak semestinya akan hadir pada hari akad nikah nanti.)
Muka surat ketiga pula ialah pengesahan bujang oleh samada ketua kampung, JKKK, atau majikan. Lepastu kamu perlu pergi membuat saringan HIV bagi diisi oleh doktor dalam borang muka surat ketiga ni tau. Keputusan HIV boleh dapat sekurang-kurangnya 3-4 hari bekerja. Kalau nak cepat, direct ja terus pegi PATHLAB di Lintas (yang kedai di Kampung Air tu dorang dah tutup, pindah pergi Lintas dah).
Dah isi semua tu, baru lah korang pergi JHEINS UTC untuk minta borang kebenaran wali hakim. Kalau tak silap saya harga borang tu RM5 ke RM10. Isi butiran pada muka surat kedua sahaja. dah tu, korang pergi buat akuan sumpah di yang mengatakan yang korang takda keluarga terdekat ( bapa, abang/ adik, bapa saudara, atau datuk yang beragama Islam). Lepas tu korang kena buat akuan sumpah Korang boleh buat di Jaksa Pendamai yang di MUIS KK tu supaya dekat sikit urusan di UTC nanti. Bayaran yang dikenakan kepada saya ialah RM60. Korang sedia lah wang tunai.
Dah siap akuan sumpah tu, bawa borang akuan sumpah sekali dengan borang yang korang beli di JHEINS UTC balik ke pejabat JHEINS di UTC. Disana akan ada pegawai yang akan isi kandungan bagi muka surat depan tadi. Lepas dah selesai ditandatangan oleh pegawai di JHEINS UTC, korang kena fotostat 1 set borang-borang tadi bagi kepada makamah syariah pula. Makamah Syariah terletak di tingkat 1 bangunan MUIS tau. Pegawai makamah Syariah akan memberi satu lagi borang untuk diisi pada muka surat kedua dan ketiga (butir-buir peribadi dan ayat akuan sumpah tadi).Dah tu, baru korang pergi ke dalam bilik pendaftaran. Pegawai sana akan memberi satu tarikh bagi korang hadir untuk urusan angkat sumpah depan hakim. Saya dulu diminta membawa ahli keluarga terdekat semasa angkat sumpah tu, sebab mereka kata, hakim nak interview. Tapi masa hari angkat sumpah tu, takda pula ahli keluarga saya kena panggil.huhuhu...... Saya kena bagi tarikh pada minggu hadapan untuk angkat sumpah.
OK. Dah selesai angkat sumpah depan hakim tu, Korang akan diberitahu samada lulus atau tidak oleh pegawai disana. Keputusan bertulis hanya akan dikeluarkan pada hari berikut atau dua hari kemudian. Lepas dah ambil surat lulus dari Makamah Syariah, korang akan pergi balik ke pejabat JHEINS di bangunan UTC bagi urusan pendaftaran. Pegawai JHEINS akan mengeluarkan satu resit dan korang perlu membayar RM5.00 (Sediakan wang kecil tau). Lepastu kamu akan tetapkan tarikh bila yang akan kamu nikah tu.
Oh ya. Korang akan berkahwin di JHEINS Muis KK. Boleh juga kalau kamu mau nikah di tempat lain. Tapi kos penginapan dan pengangkutan tu korang kena bayar tau.Lagi satu, semasa urusan menghantar borang di UTC dan di Muis tu, saya saran kan korang park kereta korang di masjid. Free... Cuma korang kena berjalan kaki lah... Alaaa apa juga tu jalan, bukannya 1 kilometer juga jarak dia. peluh ketiak tu normal lah hehehehe....
Good Luck ya!!.. Dan kalau dah selamat nikah tu, saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU!!