Tuesday, 29 January 2013

kebaikan detox/cuci usus



Saya nak kongsikan beberapa perkara berkenaan mencuci usus ni. Sebelum itu, saya nak terangkan apa itu usus. Dalam perut kita terdiri kepada 2 jenis usus, usus besar dan usus kecil. Fungsi usus besar adalah untuk:

  1. Penyimpan dan pembusuk sisa makanan
  2. Penyerap air dan elektrolit
  3. Pendegradasi bakteri
  4. Pembuat vitamin K
Dan usus kecil adalah tempat yang paling luas pencernaan terjadi.


Bayangkan selama kita hidup ni kita tak pernah mencuci usus kita, Ya, usus kita akan menjadi seolah-olah seperti susunan batu pada yang dipaitung untuk menjadi dinding yang halus. Segala nutrien tidak akan diserap ke dalam badan kita walaupun kita makan vitamin yang banyak.

Yang paling saya suka mengenai mencuci usus ni apabila ia akan mengeluarkan kotoran pada dinding2 usus dan secara automatiknya badan kita pun akan menjadi kurus, dan kulit kita akan menjadi bersinar(glowing) kerana proses penyerapan nutrien yang baik.

Terdapat banyak produk di luar sana yang menawarkan mencuci usus. Produk kesihatan yang saya minum dan ada kesan positive adalah produk Clean Pluz (perisa mangga, SEDAPPP...)yang dikeluarkan oleh Royalife International.~~ promote produk~~~





Selamat mencuci usus anda!!

Hukuman bagi pengedar dadah





Hukuman yang dikenakan kepada pengedar dadah lebih berat daripada si penagih. Ini kerana si pengedar telah menjebakkan orang ramai yang sebelum ini tidak mengenali dunia najis dadah.

Manakala bagi penagih dadah pula, setakat ini cuma akan dipenjara dan ditempatkan di pusat2 pemulihan serenti bagi menghilangkan ketagih kepada dadah.

Walaupun penagih cuma dikenakan hukuman yang ringan, tapi INGAT, kesan dadah terhadap diri boleh membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan. Apabila seseorang itu menjadi high akibat dadah, dia tidak akan sedar apa-apa perbuatan yang dilakukan. Mungkin dia akan melakukan sesuatu perkara yang tak dijangka seperti membunuh. Dan dengan itu dia akan dihukum mengikut seksyen 302 kanun keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara aksimum 20 tahun..


Sila lawat laman Anti Dadah Kebangsaan.


     MEMBASMI DADAH ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA








Monday, 28 January 2013

Bila gaji lambat masuk...



Orang pertama tanya , "Bila gaji masuk?" 

2 jam selepas itu,  "Bila gaji masuk?" 

Beberapa ketika kemudian,  "Bila gaji masuk?" 

ARGGGGHHHHHH!!!!! 

Geram dah!! Asyik benda yang sama je nak tanya.  Account Clerk pun macam nak marah dah tadi. dah banyak kali dia explain yang benda ni perlukan transfer dari account 2, tapi masi tak faham2 lagi. Saya tau lah ini hak kamu. Kamu telah bekerja dan cukup bulan terima gaji. 

Ni pun kira baik dah gaji kena bagi awal. Company lain bagi seminggu selepas end of the month baru gaji, tapi dorang tak bising pun. 


Tolong lah faham. Kerja saya pun banyak juga. Bulan Mac ni dah nak hantar Borang B. Bukan untuk buat gaji korang saja!!



‎9 tips Menghilangkan Bau Ketiak

Sesiapa yang rasa ketiak ada masam walaupun dah spray 1 botol deodorant tu, silalah baca tips2 ini:


‎9 tips Menghilangkan Bau Ketiak

Bau ketiak adalah antara perkara yang sangat melecehkan dan mampu merendahkan tahap keyakinan diri kita. Adakalanya, keharuman deodoran sahaja tidak mampu untuk menutup bau ketiak kita. Jadi, apa kata jika kita berkongsi sedikit 9 tips menghilangkan bau ketiak. Sesetengah daripada petua ini, mungkin agak pelik di minda anda, tapi tidak ada salahnya jika kita mencuba, selagi ia tidak mendatangkan mudarat pada diri kita. Semoga dengan apa yang saya kongsikan ini, dapat membantu masalah yang anda hadapi.

1. Buah limau kasturi

Ambil limau kasturi yang masih muda dan kecil, makan tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Anda juga boleh menjadikannya sebagai ulam untuk dimakan bersama nasi. Amalkan petua ini selama tujuh hari.

2. Kulit limau kasturi

Jika anda tidak lalu untuk memakan limau yang masih muda itu, anda juga boleh memakan kulit limau kasturi yang telah ranum atau matang. Anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja selama tujuh hari.

3. Minyak kelapa

Minyak kelapa juga boleh digunakan. Caranya ialah dengan mencolekkan minyak tersebut ke ketiak anda menggunakan jari dan sapukan secara merata di ketiak anda. Amalkan cara ini sehingga bau busuk ketiak hilang.

4. Belakang tangan

Setiap kali anda mandi, jangan gunakan tapak tangan anda untuk membasuh ketiak anda. Sebaliknya, amalkan mencucinya dengan menggunakan belakang tangan anda.

5. Menjolok kerongkong

Amalkan cara ini setiap kali anda mandi pagi. Jolokkan kerongkong sehingga keluar kahak dan muntah.

6. Daun sirih

Ambil kira-kira 10 helai daun sirih yang telah tua. Rebuskan ia sebaik-baiknya dalam periuk tembaga atau periuk tanah. Biarkan mendidih sehingga air rebusan tinggal separuh. Sejukkan dan jadikan air minuman.

7. Cekur dan daun betik

Ambil tiga ulas cekur sebesar ibu jari, segenggam daun betik dan daun beluntas. Tumbuk lumat dan campurkan dengan air limau nipis dan sedikit garam. Tapis dan ambil air dalam segelas. Minum dua kali seminggu.

8. Daun sirih dan daun kenanga.

Ambil lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Basuh bersih dan di didihkan dengan 1 ½ gelas air dan ¼ sudu teh garam. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas. Tapis dan bubuh gula merah secukupnya. Amalkan meminumnya dua kali dalam seminggu.

9. Kapur dan air limau

Bancuh bersama kapur makan, air limau nipis dan sedikit air. Biarkan bancuhan sedikit pekat. Sapukan air bancuhan ini ke ketiak setiap kali anda ingin keluar dari rumah.