Saturday, 29 December 2012
Myvi lagi best!!
Aahhhh... ini lah kereta idaman saya selama ni. Biarpun kecil, yang penting dia berkenan di hati saya. Meh sini saya citer kat hang ciri2 Myvi lagi best ni. Myvi lagi best ada 5 jenis: standard, premium, elegance, special edition, & extreme. Harga adalah berbeza2 mengikut jenis model. silalah check kat link ni kalau nak tahu lebih lanjut:
http://www.perodua.com.my
Lagi tinggi nilai dia lebih cun myvi ni. Terdapat accessories yang tak terdapat kat model standard @ premium. Contohnya seprti fog light. Standard takde fog light and rim dia pun cuma pakai caping je. Radio pun takde usb. Kalau korang nak save inyak tu, korang ambil lah model yang 1500cc.
Dan bagi yang malas nak tukar gear, ambillah automatic punya yer. TAPI, ada "tapi"nya juga. Beza harga antara manual dan automatic lebih kurang RM3000 juga lah.
Saya nak bagi tips sikit ni. Bagi yang nak beli kereta tu, beli lah semasa ada perayaan, sebab selalunya dorang bagi promosi. Lebih tinggi deposit korang, lebih murah nak bayar bulanan. Yang membuatkan kereta itu mahal adalah interest yang dikenakan oleh pihak bank.. INGAT! belilah degan kemampuan anda.
Wednesday, 1 August 2012
Perkara yang tak dijangka berlaku
best sangat staff LHDNM KK ni!
Lepas je habis practical 6 bulan kat LHDN KK, rehat 1 bulan untuk buat report. Penghujung bulan Julai 2012 akan balik ke Twintech Damansara untuk hantar report practical.
Ingatkan nak rehat sebulan dua kat rumah sebelum keluar mencari pekerjaan, tapi dah kena panggil untuk interview. Arghh!! Pergi je lah. 2kali jumpa bos. Bos tanya bila nak start kerja, saya kata bulan August. Alasan saya sebab nak hantar report dan ada ujian JPJ hujung bulan Julai. Muka bos agak tak keruan.
Akhirnya saya sampai ke kolej selepas 6 bulan practical. Rasa takut pula kalau2 kena reject report saya. Jumpa lecturer kesayangan saya Mdm Noraniah. Dah nampak baby bump dia. syukur alhamdullilah report saya semua ok. Dah semua ok, tanpa membuang masa, saya pun terus jumpa registrar untuk urus convo.
Sedang2 tunggu giliran jumpa person incharge, saya kena call tepat yang saya pergi interview dulu. PA bos yang call tanya mana saya and cakap "you are suppose to report on duty today". Saya confused. takde pula saya diberitahu yang saya dapat kerja tu. Relax je saya cakap. Nasib baik dorang ok je. Dah balik Sabah
nanti masuk kerja ya. OK!
Petang tu balik KL trus pergi shopping baju kerja dengan mom... Saya dah nak masuk alam pekerjaan dahhhhh!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)